October 08, 2012

Muka Baru

Assalamualaikum.
Kau yang sedang membaca blog aku yang agak comel ini, iya kau laa. Nama kau apa? Terima kasih kerana meluangkan masa dan mengerah sedikit tenaga yang tak berapa nak dikira membaca blog comel ini. *Ayat perasan macam ada orang baca* Kalau kau mengikuti perkembangan dunia seni aku, kau wajar tahu bahawa sebelum ini aku insan yang kerap meluah perasaan dalam blog. Tak gitu? Dek kerana itu kau juga wajar tahu yang aku dah delete segala kisah duka ceria lara aku selama ni. Bila dibaca balik apa yang tertayep malu rasa diri ini. Macam kebudak-budakkan sikapnya walhal usia sudah menghampiri tettt. Maka dengan itu aku delete segalanya dan mula meng-customize sedikit layout, background dan sewaktu setarikh dengannya. Namun, aku hampa memandangkan tangan yang dikurniakan ini telah salah meng-click button yang tak sesuai mengakibatkan kau yang membaca blog ini tak disediakan dengan lagu yang mendayu-dayu sebagai peneman membaca blog tak laku ini. Anggap sahaja kau beruntung tiada lagu sebagai peneman. Barangkali kau bakal menangis seandainya ada terselit kisah duka kerana aku sememangnya bijak mencampur adukkan lagu dengan jiwa hati lara perasaan yang tengah bergelora. Mungkin, oh tidak, pastinya kau berasa bosan atau menyampah sewaktu membaca blog ini? dan berniat untuk tidak mengunjunginya lagi?  Aku tidak kisah. Nasihat aku, mohon jangan rindukan blog comel aku ini kalau kau sudah ada nawaitu sebegitu. Aku ingin memulakan semuanya dengan benda baru. Kenapa? Kau sibuk buat apa? Jaga tepi kain sendiri sudahlah. Nak tau baca je laa apa yang bakal tercoret tercirit dalam ni. Sekian

Pemilik blog